WebThis Site
Events & Activities

PhotoGrid 1556089167153

Sebagaimana dijadualkan, satu lagi sessi Kursus Induksi PP-PPD-PPB anjuran Academy For Human Capital/Budiman Dinamik Sdn Bhd telah diadakan pada 20 - 21 Apr 2019 bertempat di premis Academy For Human Capital, Pusat Bandar HICOM, Seksyen 27, Shah Alam. Kursus yang dikendalikan oleh Pn Nurhida Binti Shaharuddin dari Bahagian PPP, JPK dan Pn Zaidah Binti Rakon dari Bahagian MOSQ, JPK ini telah dihadiri oleh 30 orang peserta dari pelbagai agensi.

 

PhotoGrid 1553226297555

Verifikasi PPL (360 jam) Operasi Latihan Vokasional Kumpulan 11 telah dijalankan di premis Academy For Human Capital, Pusat Bandar HICOM, Seksyen 27, Shah Alam pada 17 Mac 2019

 

PhotoGrid 1553138152197

Pada 14 Mac 2019 Budiman Dinamik Sdn Bhd telah menerima lawatan Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran untuk pembaharuan Pentauliahan Program SKM3 Operasi Latihan Vokasionnal (I-031-3:2014), Academy For Human Capital (L02174). Ahli PPPPK yang terlibat adalah En Ali Kassim dan En Asbul Hadi Mat Yunus sementara pegawai adalah Pn Noorismaliana Ismail dari Bahagian MOSQ, JPK. Personel Academy For Human Capital yang terlibat adalah En Khairul Ikhwan Zainudin selaku Pengurus Pusat Bertauliah, En Zainudin Elias (PPD), Pn Noor'aini Hayati Ismail (PP) dan Cik Hamilia Salila Abdul Hamid (PP). Pengurusan Budiman Dinamik / Academy For Human Capital mengucapkan terima kasih kepada PPPPK yang telah mencadangkan agar pembaharuan pentauliahan program Operasi Latihan Vokasional dilanjutkan untuk tempoh tiga tahun lagi mulai Julai 2019.

 

PhotoGrid 1553146492203

Sebagaimana dijadualkan, satu lagi sessi Kursus Induksi PPL anjuran Academy For Human Capital/Budiman Dinamik Sdn Bhd telah diadakan pada 16 - 17 Mac 2019 bertempat di premis Academy For Human Capital, Pusat Bandar HICOM, Seksyen 27, Shah Alam. Kursus yang dikendalikan oleh En Yuslan Bin Yasok dari Bahagian BKS, JPK dan En Mohd Fuad Bin Mohd isa dari Bahagian SLDN, JPK ini telah dihadiri oleh 24 orang peserta dari pelbagai agensi.

 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Page 1 of 16