Mohd Taufik Rashidi memulakan kerjaya sebagai seorang ahli perbankan dan kewangan yang mempunyai kelulusan Associate of Institute of Bankers, London (UK). Beliau juga mempunyai kelulusan Certificate In Training and Development dari Institute of Training & Development, United Kingdom. Beliau adalah ahli Malaysian Outward Bounder Association dan Jurulatih bertauliah dibidang latihan lasak (outward bound) dari Camp Permai Outward Bound School, Sarawak dan Project Adventure (Singapore) Inc. Dalam bidang Latihan dan Pembangunan Sumber Manusia, “kepakaran” beliau adalah dalam bidang “Pengurusan Manusia”.
Diantara topik-topik dan program-program yang beliau sampaikan termasuk, Latihan Sensitiviti, Pasukan dan Bina Pasukan, Perkhidmatan Pelanggan, Pengurusan Kualiti Perkhidmatan, Pengurusan Konflik, Komunikasi Berkesan, Perhubungan Inter-Personal, Deligasi Berkesan, Program Pembangunan Pengurusan, Penyeliaan dan Perkeranian, “Train-The-Trainer” serta banyak lagi yang berkaitan dengan pembangunan sumber manusia. Beliau juga Penceramah/ Jurulatih bertauliah untuk mengendalikan program-program untuk Eagle’s Flights Inc and Persona Inc., USA.
Program-program beliau disampaikan melalui campuran metodologi Pengalaman Berteladan, Syarahan dan Analisis. Dalam bidang Perundingan Sumber Manusia, beliau berpengalaman mengendalikan beberapa projek Analisa Keperluan Latihan, Penyusunan Semula Organisasi, Pengurusan Prestasi Kerja untuk beberapa organisasi di Malaysia, Singapura, Indonesia, Australia, Brunei, dan Papua New Guinea.
Diantara organisasi yang beliau pernah memberikan khidmat latihan dan perundingan termasuk SIRIM, Star Publications, Skynet Worldwide (M) Sdn Bhd, Uniphoenix Bhd, Straits & Island Insurance Bhd, Castrol (M) Sdn Bhd, Kementerian Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat dan KWSP. Beliau juga pernah mengendalikan program latihan untuk Kenderaan Klang Banting Bhd, Kewangan Bumiputra Bhd, Cempaka Finance Bhd, Malaysia Credit Finance Bhd, Arab Malaysian Banking Group,Majlis Perbandaran Port Dickson, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Suruhanjaya Pilihan Raya, Petronas, FAMA, MARDI, NARSCO Holdings Bhd, Sunrise Bhd, Arastu Sdn Bhd, Asia Lab (M) Sdn Bhd, Kompleks Kewangan Bhd, Koperasi Polis DiRaja Malaysia Bhd, PERHEBAT dan Majlis Perbandaran Kota Kinabalu.
Selain daripada itu organisasi-organisasi seperti Felda, MSAS Cargo (Penang) Sdn Bhd, COB Technologies, Loytape Bhd, Kedah Sato Sdn Bhd, Malaysia Smelting Corp Bhd, AON Consulting Limited (PNG and Australia), SP Breweries (PNG) Limited, Institute Business Studies Limited (PNG), Rimbunan Hijau Limited (PNG) dan Yuwan Fisheries Limited juga turut menggunakan khidmat Mohd Taufik. Dari maklumat yang diterima, hampir semua peserta program beliau amat gembira dengan cara Mohd Taufik menjalankan program dan mendapat banyak manafaat daripadanya.