Selesai sudah satu lagi sesi veriifikasi PPL untuk program Train The Trainer (Sijil Latihan Tenaga Pengajar) (NCS-004:2017) anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174). Terima kasih kepada En Mohd Sukri Ahmad kerana telah menjalankan Penilaian Akhir untuk 12 orang pelatih TTT kami. Tahniah kepada semua pelatih kerana telah terampil dengan cemerlang & layak untuk menjadi tenaga pengajar bertauliah.

Selesai sudah sesi verifikasi PPL 360 jam untuk kumpulan 29 program SKM3 Operasi Latihan Vokasional atau lebih dikenali sebagai Vocational Training Operation (VTO) anjuran Academy For Human Capital (L02174). Terima kasih En Bala Vello, seorang PPL yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman sebagai pengajar TVET, atas penilaian, nasihat dan bimbingan kepada 14 orang pelatih VTO. Tahniah kepada semua pelatih yang terampil dan akan menjalani internship selama 6 bulan sebelum menjalani satu lagi sesi verifikasi PPL pada hujung September 2024. Untuk makluman, program VTO masih boleh dijalankan oleh PB VTO terpilih.

 

Selesai sudah satu lagi sesi verifikasi PPL program Train The Trainer (Sijil Latihan Tenaga Pengajar) (NCS-004:2017) anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174) yang telah diadakan pada 26 Feb 2024. Program latihan yang dijalankan pada 19 - 23 Feb 2024 telah dijalankan oleh Pegawai Penilai, Ts Zainudin Elias yang juga Pengarah Urusan Budiman Dinamik Sdn Bhd dan dihadir oleh 12 orang pelatih termasuk 4 orang yang ditaja oleh PERKESO MADANI. Tahniah kepada semua pelatih, semoga berjaya menjadi tenaga pengajar yang cemerlang.

  

Tahniah kepada 26 orang peserta Kursus Induksi PPL anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174) pada 25 - 26 Mei 2024 secara atas talian. Insya Allah semua peserta akan lulus dan dianugerahkan sijil yang mana adalah syarat wajib untuk menjadi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) atau Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kendalian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Tahniah kepada peserta-peserta Kursus Induksi PPT kerana berjaya menghadiri kursus pada 27 - 28 April 2024 secara atas talian anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174). Saya doakan semua org lulus ujian dan dianugerahkan sijil, Insya Allah.

Subcategories

Come Visit Us

BUDIMAN DINAMIK SDN BHD
(Co. No. 779105-D/200701021089)
ACADEMY FOR HUMAN CAPITAL (AC Code: L02174)
No. 14, Jalan Kota Raja E 27/E, Pusat Bandar HICOM
Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor

Get Direction
ACCREDITED CENTRE

ACADEMY FOR HUMAN CAPITAL (Code No: L02174)

Accredited Centre registered with JPK
and managed by Budiman Dinamik Sdn Bhd
Accredited Training Provider-PSMB (Reg.No 779105-D)

JPK's Certificate | PSMB's Certificate

Open Hours

Monday - Thusday: 9 AM - 5 PM
Friday - Saturday: 10 AM - 3 PM
Sunday: Closed :)
--------------------------------
Phone: 03 – 5192 4617 | Mobile: 6017 2470257
Email: info@budimandinamik.com