Kursus Induksi Akademi Dalam Industri (ADi) (dahulunya dikenali sebagai SLDN) siri pertama bagi tahun 2026 anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd telah diadakan pada 14 Februari 2026. Kursus secara bersemuka ini yang diadakan di premis Budiman Dinamik Sdn Bhd, Pusat Bandar HICOM, Seksyen 27, Shah Alam telah dikendalikan oleh Ts Shuhaina Ibrahim, Penolong Kanan Pengarah, BHIKS, JPK dan dihadiri oleh 19 orang peserta dari pelbagai agensi.

Selesai Siri 1 bagi Tahun 2026 Kursus Induksi PPT anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174) yang telah diadakan pada 14 - 15 Februari 2026 di premis Budiman Dinamik, No. 14, Pusat Bandar HICOM, Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor. Kursus yang dihadiri oleh 30 orang peserta dari pelbagai agensi ini telah dikendalikan oleh En Muhammad Khairol Nizar bin Kamaluddin dari Unit PPT, JPK untuk hari pertama. Mana Ts Bizaisham bin Bidin juga dari Unit PPT, JPK telah mengendalikan sesi hari kedua. Snippet kursus boleh dilihat melalui video ini Kursus Induksi PPT, 14 - 15 Feb 2026.

Tahniah kepada peserta-peserta Kursus Induksi PPT kerana berjaya menghadiri kursus pada 8 - 9 November 2025 secara bersemuka anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174). Didoakan semua org lulus ujian dan dianugerahkan sijil, Insya Allah.

Tahniah kepada para peserta yang berjaya menamatkan Kursus Induksi PP-PPD-PPB secara bersemuka anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174) pada 29 - 30 November 2025.Semoga semua peserta akan lulus kursus ini dan layak menjadi personel Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Tahniah kepada semua peserta Kursus Induksi PPL anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd / Academy For Human Capital (L02174) pada 8 - 9 November 2025 secara bersemuka. Insya Allah semua peserta akan lulus dan dianugerahkan sijil yang mana adalah syarat wajib untuk menjadi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) atau Panel Penilai Pentauliahan Program Kemahiran (PPPPK) Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) kendalian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Subcategories

Come Visit Us

BUDIMAN DINAMIK SDN BHD
(Co. No. 779105-D/200701021089)
ACADEMY FOR HUMAN CAPITAL (AC Code: L02174)
No. 14, Jalan Kota Raja E 27/E, Pusat Bandar HICOM
Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor

Get Direction
ACCREDITED CENTRE

ACADEMY FOR HUMAN CAPITAL (Code No: L02174)

Accredited Centre registered with JPK
and managed by Budiman Dinamik Sdn Bhd
Accredited Training Provider-PSMB (Reg.No 779105-D)

JPK's Certificate | PSMB's Certificate

Open Hours

Monday - Thusday: 9 AM - 5 PM
Friday - Saturday: 10 AM - 3 PM
Sunday: Closed :)
--------------------------------
Phone: 03 – 5192 4617 | Mobile: 6017 2470257
Email: info@budimandinamik.com