
Kursus Induksi Akademi Dalam Industri (ADi) (dahulunya dikenali sebagai SLDN) siri pertama bagi tahun 2026 anjuran Budiman Dinamik Sdn Bhd telah diadakan pada 14 Februari 2026. Kursus secara bersemuka ini yang diadakan di premis Budiman Dinamik Sdn Bhd, Pusat Bandar HICOM, Seksyen 27, Shah Alam telah dikendalikan oleh Ts Shuhaina Ibrahim, Penolong Kanan Pengarah, BHIKS, JPK dan dihadiri oleh 19 orang peserta dari pelbagai agensi.
