Saiful Anuar Mat Taib

Saiful Anuar Mat Taib adalah graduan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Management and Science University dan Sarjanamuda Ekonomi dan Pengurusan dari Victoria University of Wellington, New Zealand. Beliau mempunyai lebih 25 tahun pengalaman kerja di pelbagai jawatan dan organisasi. Memulakan kerjaya dalam bidang kewangan dan pernah memegang beberapa penting seperti ketua bahagian pinjaman di bank perdagangan dan bank pelaburan. Beliau juga pernah menjadi broker pasaran saham tempatan.

Selepas beberapa waktu dalam bidang kewangan, Saiful Anuar telah mengubah arah dan menceburi bidang pembuatan dan pernah memegang beberapa jawatan penting termasuklah sebagai pengurus besar. Penglibatan dengan industri pembuatan telah memberi peluang kepada Saiful Anuar untuk mendalami proses pembuatan disamping pengurusan sumber manusia. Sebagai pengurus yang bertanggungjawab, Saiful Anuar telah menjalankan banyak latihan dalaman bagi meningkatkan kemahiran kakitangan. Tindakan ini telah menjadikan beliau seorang jurulatih yang trampil. Lanjutan daripada itu, beliau juga terlibat dalam menjalankan latihan di luar organisasi beliau secara berkala.

Dalam bidang latihan, Saiful Anuar adalah pengajar bertauliah yang diiktiraf oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (Sijil PSMB No. TTT/2076) dan aktif mengendalikan program latihan untuk industri. Diantara program latihan yang dikendalikan adalah “teambuilding”, kepimpinan, pengurusan masa, “problem solving”, 5S dan Innovative and Creative Circle’. Selain dari itu Saiful Anuar mampu mengendalikan program `Train The Trainer’, `Communication Skill’, `Negotiation Skill’, dan `Project Management’.


Come Visit Us

BUDIMAN DINAMIK SDN BHD
(Co. No. 779105-D/200701021089)
ACADEMY FOR HUMAN CAPITAL (AC Code: L02174)
No. 14, Jalan Kota Raja E 27/E, Pusat Bandar HICOM
Seksyen 27, 40400 Shah Alam, Selangor

Get Direction
ACCREDITED CENTRE

ACADEMY FOR HUMAN CAPITAL (Code No: L02174)

Accredited Centre registered with JPK
and managed by Budiman Dinamik Sdn Bhd
Accredited Training Provider-PSMB (Reg.No 779105-D)

JPK's Certificate | PSMB's Certificate

Open Hours

Monday - Thusday: 9 AM - 5 PM
Friday - Saturday: 10 AM - 3 PM
Sunday: Closed :)
--------------------------------
Phone: 03 – 5192 4617 | Mobile: 6017 2470257
Email: info@budimandinamik.com